Promo: Buka Mata Hati: Miqael Arshad

Ryan atau nama sebenarnya Nuriyana binti Solehuddin, anak kepada penternak lembu yang berjaya. Sangat suka dengan bola sepak dek pengaruh daripada abang-abangnya. Namun dia terpaksa memendamkan minatnya terhadap sukan bola gara-gara ingin berlagak ayu di hadapan jejaka idaman.

Di kolej, Ryan menyukai Shukor, pemain bola sepak kolej yang tidak pernah mengendahkan kewujudan Ryan yang kasar dan lasak itu. Shukor lebih memandang kepada perempuan ayu yang lemah lembut dan sopan santun. Azram pula teman sekelas Ryan yang sentiasa mencari fasal dengannya. Namun tanpa Ryan sedar, ada mata yang sentiasa memandang. Ada hati yang sentiasa merindu.
Siapalah yang dapat menerima Ryan itu seadanya? Mampukah Ryan meninggalkan hobi lasaknya demi cintanya kepada seorang lelaki? Dan, dapatkah Ryan membuka mata hatinya untuk menerima si dia yang sabar menunggunya?
Ryan pun ada hati dan perasaan juga. Walaupun lasak dia tetap perempuan. Hati dan perasaannya tetap untuk kaum Adam.

Promo: Secantik Balqis : Nur Sufi

Sejak kecil Balqis tidak tahu apa erti bahagia yang sebenar. Dia tidak tahu mengapa dia dimusuhi, tapi Balqis tidak pernah memusuhi. Tuhan telah tumpahkan dalam hatinya, kasih sayang yang sangat luas.
Setiap kali musibah melanda, ada sahaja insan yang datang menghulurkan bantuan seikhlas hati. Sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya yang teraniaya. Dugaan yang datang dilalui dengan penuh sabar dan menguatkan imannya kepada Sang Pencipta.
Sikap polos Balqis inilah yang membuahkan cinta di hati Sulaiman sejak dulu.
Umpama mawar putih, sesuci dan seharum itulah cinta Sulaiman.
Umpama Sungai Nil yang tidak pernah berhenti mengalir, begitulah setianya kasih Balqis.
Apakah akan utuh cinta mereka, seutuh cinta Ratu Balqis kepada Raja Sulaimannya?

Promo: Hatimu Milikku: Eliza Ab


Promo: Lelaki Tak Bersalah: Kusyi Hirdan


Promo: Roti Canai Salad Taco: Norhayati Berahim

Novel terbaru dari kak Norhayati Berahim..boleh di beli di pesta buku yang bermula pada 27 April 2012. Nie novel ya..bukan buku masakan :p

Promo:Takdir Itu Milik Aku: Novel Terbaru Siti Rosmizah 2012

 “ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati. Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka. Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya. Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka? Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi. Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

Novel Terbaru Siti Rosmizah 2012

  CREDIT TO : FAKRUL ROSLAN
 
Sinopsis novel terbaru Siti Rosmizah yang complete belum lagi dikeluarkan. Just ada beberapa teaser baru dikeluarkan. Jom baca bawah ni...sekadar pengenalan!

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Harga untuk novel terbaru Siti Rosmizah 2012...
RM 33.90 untuk semenanjung 
RM 36.90 untuk sabah dan sarawak
 
Buat sesiapa yang teruja nak pergi launching novel terbaru siti rosmiah 2012 boleh datang ke:
 
Date  :  28 April 2012 (Sabtu)
Venue  :  Dewan Kenanga, Hotel Seri Pasific (Bersebelahan PWTC)
Time  :  10.00 am - 12.00 pm
Note : Ada cabutan bertuah dengan harga ribuan ringgit dan berpeluang berjumpa Siti Rosmizah dalam sessi autograf dan juga berpeluang menyaksikan persembahan Jamal Abdillah yang pasti menggegarkan!